Islamic Widget

Friday, January 28, 2011

Pemergianmu sahabat


Sahabat,


Raut wajahmu masih lagi segar dalam kotak fikiranku,

Kata-kata mu masih lagi ku ingati,

Walau aku baru hendak mengenalimu,

Engkau telah pergi untuk selamanya.

Allah lebih menyayangi mu.










Hati ini penuh sayu dan pedih,

Apabila mendapat berita kemalanganmu,

Fikiran ini resah memikirkan mu di sana,

Tetapi kuasa Allah tiada tandingannya. 








kenangan bersama arwah.








Sahabat,




Engkau pergi dalam kami amat memerlukan mu,

Engkau pergi dalam kami dalam kami tidak bersedia.

Kami redha atas qada' dan qadar YANG MAHA ESA.
















Kini engkau telah pergi meninggalkan kami,

Tetapi percayalah kenangan kita bersama akan sentiasa diingati,  

Doa dan ayat-ayat suci kami kirimkan dari jauh,

Semoga rohmu senantiasa dicucuri rahmat ILAHI.

Itulah indahnya persahabatan kerana Allah. INSYAALLAH.
















Sekejap aku berada di awangan,
tak sampai sesaat aku seakan-akan nak mencium tanah 
~ Amirul Fahmi Ashraff












semoga roh arwah Amirul Fahmi Ashraff ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.








~AL FATIHAH~













sambung di edisi yang kedua.insya allah.

Wednesday, January 5, 2011

Matlamat hidup manusia



Matlamat dan peranan manusia dalam hidup telah dijelaskan oleh aqidah islam sejelas-jelasnya. 
Manusia tidak dijadikan sia-sia dan tidak dibiarkan begitu saja.
Ia dijadikan untuk tujuan dan hikmah tertentu. 
Ia tidak dijadikan untuk dirinya, 
atau untuk menjadi hamba kepada salah satu unsure dalam ala mini. 
Ia juga tidak dijalankan untuk 
hidup beberapa tahun yang pendek 
atau panjang kemudian ditelan tanah, 
dimakan ulat, 
dan dimamah oleh kebinasaan.






Sesungguhnya ia dijadikan untuk mengenal dan menyembah allah 
serta menjadi khalifah di bumi. 
Ia memikul amanah terbesar dalam hidup yang pendek ini, 
amanah taklif dan tanggungjawab. 
Manusia ditapis dengan dugaan 
dan digilap dengan tanggungjawab. 
Dengan itu ia menjadi matang 
dan bersedia untuk kehidupan yang akan lain, 
iaitu kehidupan yang kekal selama-lamanya 
tanpa penghujung.





Manusia tidak dijadikan untuk dirinya sendiri, 
tetapi dijadikan untuk menyembah allah. 
Ia tidak dijadikan hanya untuk hidup di dunia yang kecil dan binasa ini, 
tetapi ia dijadikan untuk kehidupan yang kekal abadi, 
ia dijadikan untuk selama-lamanya.






Ada orang berkata: 
" Si bodoh hidup kerana mahu makan manakala orang berakal makan kerana mahu hidup." pertanyaan ini tidak menyelesaikan masalah kerana hidup itu sendiri bukan satu tujuan, persoalan masih tetap ada, 
kenapa manusia hidup?


Adapun para materialisme menjawab:

"sesungguhnya manusia hidup untuk dirinya sendiri dan untuk mengecapi nikmat dunia"


Manakala orang beriman menjawab:

"manusia hidup hanya kerana tuhannya yang Maha Tinggi dan untuk hidupnya yang kekal abadi."



firman Allah s.w.t: 
"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada tiada sebarang hikmat ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah yang menguasai seluruh alam, lagi yang tetap benar."
(al-mukminun:115-116)






Alangkah besarnya perbezaan antara 
orang yang hidup untuk dirinya dengan 
orang yang hidup untuk tuhannya, 
di antara orang yang hidup di dunia yang terbatas dengan orang yang hidup untuk kehidupan yang tidak terbatas dari segi zaman dan tempat.


Sesungguhnya teori kebendaan yang mengingkari tuhan 
tidak mengetahui matlamat hidup manusia, 
kerana matlamat perlu kepada niat dan pula perlu kepada orang yang berucap. 

Kerana itu manusia pada pandangannya tidak mempunyai tugas dan peranan 
selain dari bertungkus lumus untuk memenuhi  
dan memperbaiki kehendak hidup.


Dengan perkataan lain, 
manusia hidup kerana perhiasan dunia dan keseronokan, tidak lebih daripada itu. 
Apabila usia manusia tamat dalam masa yang pendek 
maka berakhirlah segala-galanya. 
Alangkah benar perkataan Al-Quran:



"Katakanlah matabenda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja."
(an-nisaa:77)

Tuesday, January 4, 2011

nikmat = ujian

Segala yang kita kecapi di dunia ini adalah milik ilahi.
terlalu banyak nikmat yang allah beri kepada hambanya.
tak kan terbalas walaupun sebesar zarah.


terdapat dua nikmat besar allah s.w.t  yang hambanya sering lupa dan leka.
yang pertama ialah nikmat masa.
masa itu emas.
itu yang sering kita dengar.
tapi di sini saya boleh katakan yang
masa itu ibarat pedang.
jika kita tidak memotongnya
ia akan memotong kita.
hargailah masa.


nikmat terbesar yang kedua ialah
nikmat sihat...
ramai manusia sekarang
tidak sedar bahawa indahnya nikmat sihat itu.
mereka tak pandai bersyukur.
pabila sihat, lupa pada allah,
bila sakit baru sibuk nak mencari dan menyebut nama allah...



sebenarnya nikmat yang melimpah limpah ini
bukan sekadar nikmat sahaja.
hakikatnya nikmat ini juga merupakan satu ujian allah kepada hambanya..


Allah memberi hambanya banyak nikmat.
terlalu banyak.
adakah kuantiti nikmat itu sama dengan kuantiti kita bersyukur.
inilah yang allah nak uji..


allah beri kita pelbagai nikmat.
udara yang kita sedut,
kaki untuk berjalan,
harta yang mencukupi,


dengan segala nikmat,
allah nak uji kita sama ada kita bersyukur pada-Nya atau tidak..
sama ada lepas ni kita memohon bantuan-Nya lagi atau tidak...
sesungguhnya hanya kepada allah kita memohon pertolongan.


susah sangat ke nak bersyukur.
berbagai cara boleh menunjukkan rasa syukur kita ni.
salah satunya ialah
dengan lafazkan kalimah syukur.
Alhamdulillah.


Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).
(surah an nisa.)




selagi kita masih hidup di muka bumi ini,
sebagai khalifah,
selagi kita diberi nikmat,
selagi itulah kita di uji oleh allah s.w.t.
dengan ujian ini boleh meningkatkan keimanan seseorang,
bagi mereka yang berjaya menempuh ujian ini,
mereka di kalangan orang yang bariman.


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(surah al ankabut)

Saturday, January 1, 2011

PETA DALAM KEHIDUPAN


Peta?
kenapa peta ?
peta bukan kegunaannya untuk cari arah tujuan kita apabila kita sesat dalam dunia ni ke...?
kenapa kehidupan... kehidupan itu kan luas..?
pelik pelik je zul ni... 


salam.
di sini saya akan bagi tahu apa yg saya merepekkan ni...

sebenarnya "PETA DALAM KEHIDUPAN" yg saya maksudkan td ialah AL-QURAN.

Menurut bahasa, “Qur’an” berarti “bacaan”, pengertian seperti ini dikemukakan dalam Al-Qur’an sendiri yakni dalam surat Al-Qiyamah, ayat 17-18:


pernah saya terfikir, kenapa masih ade ramai manusia yang masih malas dan berasa berat utk beriman dengan Al Quran.

bila ditanya kepada mereka yg muslim..
kamu agama apa?
islam lah...
kamu cinta Allah tak?
mestila cinta..
nak tak kamu bertemu dgn Allah..?
sudah pasti nak..

Al-Quran adalah kalamullah, firman Allah ta’ala. Ia bukanlah kata-kata manusia. 
Bukan pula kata-kata jin, syaithan atau malaikat.
Ia sama sekali bukan berasal dari pikiran makhluk,
bukan syair, 
bukan sihir,
bukan pula produk kontemplasi atau hasil pemikiran filsafat manusia. 
Hal ini ditegaskan oleh Allah taa'la dalam Al-Quran 
surah An-Najm ayat 3-4:


ade manusia mengatakan yang dia cintakan Allah...
tapi dia tak selalu membaca dan memahami Al-Quran...



Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia,
surah at-takwir




macam mana nak dikatakn cintakan Allah sedangkan kata-kata Allah pun malas nak baca dan beriman kepadanya...

berimanlah dengan Al Quran..
kerana Al Quran ni saja lah rujukan yg teragong daripada Allah..

saya nak fokuskan balik pada "Al quran petunjukku"
apabila kita dalam kesesatan dalam kehidupan kita...
Al Quran lah menjadi peta kita...

dengan peta, kita boleh mencari arah tuju kita yg betul..
dengan peta juga lah boleh menyesatkan lagi mereka yang telah sesat...

ada kes, seorang manusia begitu taksub mengkaji Al Quran,
dan akhirnya manusia itu menjadi gila... 


dengan Al quran manusia boleh mendapat hidayah..
Al Quran sangat indah... kata-kata Allah begitu cantik dn indah..


Al quran adalah rujukan orang islam yg teragong...
ia memberitahu kita perkara perkara silam dan perkara perkara masa depan...
Selain itu, Al-Qur’an juga terletak pada isinya. Perhatikanlah, sampai saat ini Al-Qur’an masih menjadi sumber rujukan utama bagi para pengkaji ilmu sosial, sains, bahasa, atau ilmu-ilmu lainnya
semua aspek itu disebut oleh Allah s.w.t.
tiada syak drpdnya..
maka berimanlah kepada Al Quran...
jadikan membaca dan memahami Al Quran satu amalan harian..
seperti makan...
setiap hari,
perut kita perlu diisi dengan makanan,
begitu juga lah jiwa kita..,
isilah jiwa kita dgn ayat-ayat suci Al Quran...
berlaparlah dengan kalamullah..


Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata 
(al-quran) dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik.
(surah Al Baqarah)


Al-Qur’an adalah mu’jizat terbesar Nabi Muhammad saw. 
Kemu’jizatannya itu diantaranya terletak pada fashahah dan balaghah-nya, keindahan susunan dan gaya bahasanya yang tidak ada tandingannya. Karana gaya bahasa yang demikian itulah Umar bin Khatthab masuk Islam setelah mendengar Al-Qur’an awal surat Thaha yang dibaca oleh adiknya Fathimah. Abul Walid, terpaksa cepat-cepat pulang begitu mendengar beberapa ayat dari surat Fushshilat.
Karana demikian tingginya bahasa Al-Qur’an, mustahil manusia dapat membuat susunan yang serupa dengannya, apalagi menandinginya. 
Orang yang ragu terhadap kebenaran Al-Qur’an sebagai firman Allah ditantang oleh Allah ta’ala:

“Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al-Quran yang kami wahyukan kepada hamba kami (Muhammad) buatlah satu surat (saja) yang semisal Al-Qur’an itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang memang benar.” (QS. Al-Baqarah: 23)



kesimpulan:

Al Quran dusturuna...
Al Quran petunjuk kami...
selalulah membaca dan memahami Al Quran...
baca Alquran ni...
sekurang-kurangnya 1 muka surat pun jadilah..
jangan tinggalkan amalan ini,
istiqamahlah..
jangan sampai lidah menjadi keras dan tidak mampu utk mnyebut kalimah Allah dan ayat-ayat Allah yang indah ini...cahaya di atas cahaya..