terlalu banyak nikmat yang allah beri kepada hambanya.
tak kan terbalas walaupun sebesar zarah.
terdapat dua nikmat besar allah s.w.t yang hambanya sering lupa dan leka.
yang pertama ialah nikmat masa.
masa itu emas.
itu yang sering kita dengar.
tapi di sini saya boleh katakan yang
masa itu ibarat pedang.
jika kita tidak memotongnya
ia akan memotong kita.
hargailah masa.
nikmat terbesar yang kedua ialah
nikmat sihat...
ramai manusia sekarangtidak sedar bahawa indahnya nikmat sihat itu.
mereka tak pandai bersyukur.
pabila sihat, lupa pada allah,
bila sakit baru sibuk nak mencari dan menyebut nama allah...
sebenarnya nikmat yang melimpah limpah ini
bukan sekadar nikmat sahaja.
hakikatnya nikmat ini juga merupakan satu ujian allah kepada hambanya..
Allah memberi hambanya banyak nikmat.
terlalu banyak.
adakah kuantiti nikmat itu sama dengan kuantiti kita bersyukur.
inilah yang allah nak uji..
allah beri kita pelbagai nikmat.
udara yang kita sedut,
kaki untuk berjalan,
harta yang mencukupi,
dengan segala nikmat,
allah nak uji kita sama ada kita bersyukur pada-Nya atau tidak..
sama ada lepas ni kita memohon bantuan-Nya lagi atau tidak...
sesungguhnya hanya kepada allah kita memohon pertolongan.
susah sangat ke nak bersyukur.
berbagai cara boleh menunjukkan rasa syukur kita ni.
salah satunya ialah
dengan lafazkan kalimah syukur.
Alhamdulillah.
Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).
(surah an nisa.)
selagi kita masih hidup di muka bumi ini,
sebagai khalifah,
selagi kita diberi nikmat,
selagi itulah kita di uji oleh allah s.w.t.
dengan ujian ini boleh meningkatkan keimanan seseorang,
bagi mereka yang berjaya menempuh ujian ini,
mereka di kalangan orang yang bariman.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(surah al ankabut)
MasyaAllah.
ReplyDeletePenulisan yang semakin jauh bertambah baik.
Teruskan usaha dakwah sebiegini akhi.
Bila mana Allah beri kita ujian, Kita pasti akan kembali mengingatiNya. Tapi bila mana kita ditimpa kenikmatan hidup, amat susah untuk kita mengingatiNya.
Inilah ujian terbesar Allah kepada hambaNya.
syukran...
ReplyDeletehafiz
Allahuakbar.
ReplyDeleteMoga Allah terus bantu enta dalam
perjuangan ini..
ayuh da'ie bloggers!!