Matlamat dan peranan manusia dalam hidup telah dijelaskan oleh aqidah islam sejelas-jelasnya.
Manusia tidak dijadikan sia-sia dan tidak dibiarkan begitu saja.
Ia dijadikan untuk tujuan dan hikmah tertentu.
Ia tidak dijadikan untuk dirinya,
atau untuk menjadi hamba kepada salah satu unsure dalam ala mini.
Ia juga tidak dijalankan untuk
hidup beberapa tahun yang pendek
atau panjang kemudian ditelan tanah,
dimakan ulat,
dan dimamah oleh kebinasaan.
Sesungguhnya ia dijadikan untuk mengenal dan menyembah allah
serta menjadi khalifah di bumi.
Ia memikul amanah terbesar dalam hidup yang pendek ini,
amanah taklif dan tanggungjawab.
Manusia ditapis dengan dugaan
dan digilap dengan tanggungjawab.
Dengan itu ia menjadi matang
dan bersedia untuk kehidupan yang akan lain,
iaitu kehidupan yang kekal selama-lamanya
tanpa penghujung.
Manusia tidak dijadikan untuk dirinya sendiri,
tetapi dijadikan untuk menyembah allah.
Ia tidak dijadikan hanya untuk hidup di dunia yang kecil dan binasa ini,
tetapi ia dijadikan untuk kehidupan yang kekal abadi,
ia dijadikan untuk selama-lamanya.
Ada orang berkata:
" Si bodoh hidup kerana mahu makan manakala orang berakal makan kerana mahu hidup." pertanyaan ini tidak menyelesaikan masalah kerana hidup itu sendiri bukan satu tujuan, persoalan masih tetap ada,
kenapa manusia hidup?
Adapun para materialisme menjawab:
"sesungguhnya manusia hidup untuk dirinya sendiri dan untuk mengecapi nikmat dunia"
Manakala orang beriman menjawab:
"manusia hidup hanya kerana tuhannya yang Maha Tinggi dan untuk hidupnya yang kekal abadi."
firman Allah s.w.t:
"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada tiada sebarang hikmat ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah yang menguasai seluruh alam, lagi yang tetap benar."
(al-mukminun:115-116)
Alangkah besarnya perbezaan antara
orang yang hidup untuk dirinya dengan
orang yang hidup untuk tuhannya,
di antara orang yang hidup di dunia yang terbatas dengan orang yang hidup untuk kehidupan yang tidak terbatas dari segi zaman dan tempat.
Sesungguhnya teori kebendaan yang mengingkari tuhan
tidak mengetahui matlamat hidup manusia,
kerana matlamat perlu kepada niat dan pula perlu kepada orang yang berucap.
Kerana itu manusia pada pandangannya tidak mempunyai tugas dan peranan
selain dari bertungkus lumus untuk memenuhi
dan memperbaiki kehendak hidup.
Dengan perkataan lain,
manusia hidup kerana perhiasan dunia dan keseronokan, tidak lebih daripada itu.
Apabila usia manusia tamat dalam masa yang pendek
maka berakhirlah segala-galanya.
Alangkah benar perkataan Al-Quran:
"Katakanlah matabenda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja."
(an-nisaa:77)