Islamic Widget

Friday, January 28, 2011

Pemergianmu sahabat


Sahabat,


Raut wajahmu masih lagi segar dalam kotak fikiranku,

Kata-kata mu masih lagi ku ingati,

Walau aku baru hendak mengenalimu,

Engkau telah pergi untuk selamanya.

Allah lebih menyayangi mu.










Hati ini penuh sayu dan pedih,

Apabila mendapat berita kemalanganmu,

Fikiran ini resah memikirkan mu di sana,

Tetapi kuasa Allah tiada tandingannya. 








kenangan bersama arwah.








Sahabat,




Engkau pergi dalam kami amat memerlukan mu,

Engkau pergi dalam kami dalam kami tidak bersedia.

Kami redha atas qada' dan qadar YANG MAHA ESA.
















Kini engkau telah pergi meninggalkan kami,

Tetapi percayalah kenangan kita bersama akan sentiasa diingati,  

Doa dan ayat-ayat suci kami kirimkan dari jauh,

Semoga rohmu senantiasa dicucuri rahmat ILAHI.

Itulah indahnya persahabatan kerana Allah. INSYAALLAH.
















Sekejap aku berada di awangan,
tak sampai sesaat aku seakan-akan nak mencium tanah 
~ Amirul Fahmi Ashraff












semoga roh arwah Amirul Fahmi Ashraff ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.








~AL FATIHAH~













sambung di edisi yang kedua.insya allah.

3 comments: